SERONOKNYA MENGHAFAL KALAMULLAH

Nabi saw pernah bersabda, sebaik-baik kamu adalah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya".
Sebenarnya menghafal Al-Quran adalah satu aktiviti pembelajaran yang sangat seronok. Menghafal bukan sahaja menjadikan kita orang yang baik, bahkan ia mengasah otak kita menjadi tahan lasak dan berupaya menahan segala macam jenis tekanan.

Seseorang yang ingin menjadi komando, dipaksa duduk di dalam hutan selama berbulan-bulan lamanya dan hanya berbekal dengan alat-alat asas untuk hidup. Biasanya mereka hidup diberi makan, tetapi kali ini mereka terpaksa mencari makan. Biasanya mereka tidur di atas tilam empuk dan bilik yang berhawa dingin, tetapi kali ini mereka terpaksa tidur entah dimana, mungkin di celah-celah akar kayu, di atas pokok dan mungkin di bawah terik matahari dan terdedah dengan macam-macam jenis serangga dan binatang berbisa. Kenapa mereka dipaksa hidup dalam susah sedangkan ada kesenangan di luar sana? Cuba kita lihat......
Sekembalinya mereka dari hutan, mereka adalah orang yang tahan lasak. Berdaya juang tinggi. Boleh hidup dimana sahaja mereka berada. Hidup susah pun tidak mengapa, hidup senang apatah lagi. Saya pernah dengar, komando dari mesir boleh hidup tanpa air selama 7 hari. Hebatnya komando. Kuatnya mereka.


Begitulah para penghafal Quran. Aktiviti menghafal sesuatu yang sukar, berat dan memerlukan daya ketahanan yang tinggi. Penghafal perlu sabar, tekun dan fokus dengan apa yang dilakukan. Mereka perlu berbuat demikian sehinggalah tamat hafalan 30 juzuk. Lama tu.....Biasanya masa yang diperlukan untuk tamat, paling sekejap 1 tahun setengah dan biasanya 2 hingga 3 tahun baru tamat. Mereka akan hidup tertekan selama tempoh masa tersebut. tetapi, apabila mereka sudah biasa dengan tekanan ini, mereka adalah "komando". Mereka tahan lasak. Mereka akan mudah menghadapi tekanan akademik yang lebih ringan dan mudah. Sebab itulah kita sering dengar dalam media massa, surat khabar, tv dan sebagainya, kebanyakan pelajar cemerlang biasanya ada latar belakang belajar dan menghafal Al-Quran.

Nabi saw bersabda yang mafhumnya, "bacalah Al-Quran sebanyak-banyaknya. Darjatmu di syurga adalah mengikut banyak mana ayat Al-Quran yang telah kamu baca".


Menghafal Al Quran mestilah mengikut kaedah-kaedah yang betul. Dalam Malaysia, terdapat banyak Maahad Tahfiz dan biasanya setiap maahad ini mempunyai keadah menghafal masing-masing yang diguna pakai terhadap pelajar. Bagi saya, apa pun kaedahnya, faktor kejayaan sebenar adalah terletak di atas sejauh mana kesedaran para penghafal itu sendiri. Pelajar yang rajin, tanpa perlu disuruh, mereka mampu menghafal mengikut sasaran yang ditetapkan. mengulang hafazan lama mengikut jadual yang dirancang. Hafalan mereka cemerlang dan ingatan mereka terhadap Al-Quran sangat gemilang.


Tetapi pelajar yang malas, tiada kesedaran, bukan sahaja tidak mampu malah dipaksa pun mereka tetap dengan keadaan mereka. Para penghafal perlu kepada motivasi setiap hari dan setiap masa kerana beban mereka berat. Biasanya manusia yang lemah iman, pasti akan bertanya "apakah yang aku dapat sekiranya aku melakukan ini dan itu". Mereka akan bertanya apa yang aku dapat sekiranya aku bermati-matian menghafal Kalamullah ini.

Pernah terjadi di Lumut Perak, sekumpulan tentera yang ditugaskan untuk memindahkan mayat di tanah perkuburan, gempar apabila mendapati salah satu dari mayat tersebut tidak reput, kekal seperti baru dikebumikan. Semua yang terlibat dengan operasi tersebut tertanya-tanya siapakah sebenarnya manita tersebut.
Walaupun telah dikebumikan hampir 70 tahun lamanya, jasadnya dipelihara Allah swt. Rupa-rupanya, setelah diselidiki, wanita tersebut adalah seorang yang sangat mulia orangnya, sangat baik akhlak dan peribadi. Menghabiskan masa hidupnya berkhidmat demi Al-Quran tanpa sebarang upah.

Hebatnya penghafal Quran. Mayatnya dipelihara Allah swt. Tapi penghafal yang bagaimana? Adakah semua orang yang hafal Al-Quran akan dapat kemuliaan seperti itu? Hari ini kita lihat ramai yang hafal Al-Quran, tetapi perangai tak bagus. Keji. Hafal Quran tetapi dating dengan makwe. Hafal Quran tapi hisap rokok. Hafal Quran tapi tak solat berjamaah. Hafal Quran tapi mengumpat. Hafal Quran tapi semua jenis maksiat dia buat.
Saya bukan Tuhan untuk tentukan siapa yang masuk syurga atau tidak. Tetapi secara logiknya, orang jahat, tempatnya di neraka.

Nabi saw bersabda, sesiapa yang meletakkan Al-Quran dihadapannya, dia akan dipimpin Al-Quran sehingga masuk ke syurga. Tetapi sesiapa yang meletakkan Al-Quran dibelakangnya, dia akan dicampak ke neraka".

Nauzubillah min zaalik. Oleh itu, marilah kita amalkan Al-Quran. Orang yang menjaga solat, memelihara anggota dari maksiat, selalu bermunajat memohon pertolongan dari Allah swt akan dipermudahkan baginya menghafal Al-Quran dan mendapat kemuliaan seperti wanita yang tidak reput tadi.
Ya Allah, jadikanlah kami orang yang soleh. Ya Allah, jadikanlah kami orang yang beramal dengan Al-Quran. Ya Allah, ikhlaskanlah niat kami. Ya Allah, bantulah kami. Kami ini hambamu yang lemah. Ya Allah, perkenanlah doa kami. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

PERINGKAT MANUSIA MENCARI HARTA DUNIA

1. Golongan yang sesat. Golongan yang hanya percaya pada kehidupan dunia semata, tidak ada kehidupan yang kedua atau kehidupan hari Akhirat. Kalaupun mereka percaya, yang mereka percayai adalah bahwa kesenangan atau kesusahan kehidupan di dunia ini yang menentukan kesenangan dan kesusahannya di Akhirat. Oleh itu mereka memburu kesenangan dan kekayaan dunia tanpa batas, mereka hanya memikirkan makan, minum dan seks. Mereka tidak akan memikirkan halal dan haram baik dalam mencarinya maupun menggunakannya. Halal dan haram tidak ada dalam kamus hidup mereka. Mereka benar-benar tenggelam dalam memburu dunia semata-mata yaitu makan, minum dan seks. Mereka itu ialah golongan sebagaimana Allah firmankan melalui Al Quran seperti binatang, bahkan lebih sesat lagi iaitu golongan orang kafir.


2. Golongan yang bakhil (kikir). Golongan yang merebut harta dengan tamak tapi masih menjaga tentang halal dan haram, zakat dikeluarkan, masih menjaga perkara-perkara yang asas, namun tidak sanggup membelanjakannya ke jalan Allah Taala. Tapi dibelanjakan ke jalan haram pun tidak juga, sekadar untuk kepentingan sendiri dan suka menyimpan. Itulah golongan muslim yang bakhil.


3. Golongan yang tamak. Golongan yang merebut dunia yang masih menjaga usahanya itu dari yang haram, zakat tetap dikeluarkan, tetapi tidak puas-puas dengan apa yang didapat karena ingin kaya hingga acuh tak acuh melaksanakan amalan yang asas di samping tidak mengorbankan hartanya ke jalan Allah Taala. Ini golongan yang tamak.


4. Golongan yang lalai. Golongan yang dalam memburu harta tetap menjaga amalan yang asas dan usahanya juga halal tapi tidak mengeluarkan zakat dan tidak mengorbankan hartanya di jalan Allah. Itulah golongan muslim yang tertipu atau lalai.


5. Golongan yang bersyukur. Golongan yang bersungguh-sungguh mencari kekayaan tapi dengan tujuan untuk khidmat (melayan). Semua hal dijaga, ibadahnya yang asas dijaga, usahanya halal, zakat dikeluarkan, dikorbankan ke jalan Allah, pemurah kepada fakir miskin. Inilah golongan yang bersyukur dan pemurah tapi hisabnya banyak.


6. Golongan orang soleh. Golongan mencari harta sekadar untuk hidup dan dapat beribadah kepada Allah, tidak mau mencari harta yang banyak takut tidak dapat menunaikan kewajiban dan takut lalai kepada Allah dan mereka pemurah pula, usahanya sangat dijaga dari haram dan syubhat. Itulah golongan orang yang soleh dan pemurah.


7. Golongan pemalas. Golongan yang tidak suka bersusah-susah dengan harta dunia tapi bukan pula karena takut lalai, tidak juga karena takut tidak dapat menunaikan kewajiban. Kalau tidak ada dia minta-minta tapi tidak pula dia mencuri, menipu dan sebagainya. Ibadah tetap dilaksanakannya. Itulah golongan muslim yang pemalas.


8. Golongan siddiqin. Golongan yang tidak ada usaha sama sekali karena menumpukan hidupnya semata-mata untuk ibadah kepada Allah dan tidak pula meminta-minta. Tentang rezekinya diserah bulat-bulat kepada Allah. Bahkan ada kalanya orang memberi pun dia menolaknya. Itulah golongan siddiqin.


9. Golongan fasik. Golongan yang tidak suka bersusah payah mencari rezeki, bila tidak ada dia meminta, menumpukan ibadah tidak juga. Inilah golongan yang fasik yang pemalas.


10. Golongan yang senantiasa lalai. Di dalam pada itu ada golongan yang memburu harta, kalau dapat dia lalai, kalau tidak dapat pun dia lalai.


11. Golongan yang lalai bila kaya. Ada golongan jika dapat menjadi kaya dia lalai tapi jika tidak dapat dia tidak lalai.


12. Golongan yang lalai bila miskin. Ada golongan yang apabila dia tidak dapat dia lalai, bila dapat dia tidak lalai.


13. Golongan yang tidak lalai apabila hidup sederhana. Ada golongan jika dia kaya dia lalai dan kalau miskin pun dia lalai tapi bila pendapatannya sederhana dia tidak lalai.


14. Golongan yang tidak lalai dalam suasana apa sekalipun. Ada golongan di dalam suasana apa dan bagaimana sekalipun dia tetap dapat mengabdikan dirinya kepada Allah dan mereka tetap tidak dilalaikan oleh kehidupan dunia. Golongan itulah yang menjadikan dunia sebagai jembatan ke Akhirat.